awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan udara IDF berhampiran Pos MALBATT di Selatan Lubnan, tiada anggota cedera
Akta Pekerja Gig 2025 permulaan perlindungan menyeluruh untuk ekonomi digital – GEM
Dakwaan konon program KPM di gereja, Fadhlina gesa pihak lempar fitnah mohon maaf
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain, rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
13/03/2026
11:29 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain, rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 3.9365/9410 berbanding dolar AS daripada 3.9240/9280 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar fail/hiasan
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama lain tetapi menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat susulan pelabur kekal berhati-hati dalam persekitaran konflik semakin memuncak di Asia Barat yang telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 3.9365/9410 berbanding dolar AS daripada 3.9240/9280 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konflik di Asia Barat berkemungkinan akan berterusan buat masa ini yang membawa kepada kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak.
"Indeks Dolar AS (DXY) telah mencapai 100.197 mata apabila harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$101.15 setong. Oleh itu, mata wang tempatan susur berbanding dolar AS sebanyak 0.28 peratus kepada RM3.9370," katanya kepada Bernama.
Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent meningkat 0.34 peratus kepada aS$100.80 setong.
Ringgit melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.4683/4715 daripada 2.4720/4746 ketika ditutup pada Khamis, menambah berbanding pound Britain kepada 5.2214/2273 daripada 5.2554/2608, naik berbanding euro kepada 4.5093/5144 daripada 4.5361/5408 sebelumnya.
Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0730/0767 daripada 3.0786/0820 ketika ditutup pada Khamis, melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.1862/2062 daripada 12.3257/3452 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 232.1/232.5 from 232.2/232.6.
Selain itu, ringgit menokok berbanding peso Filipna kepada 6.59/6.60 from 6.60/6.62 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan