awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit mengukuh ke paras tertinggi sejak 2021 berbanding dolar Singapura

Bernama
Bernama
18/03/2026
08:55 MYT
Ringgit mengukuh ke paras tertinggi sejak 2021 berbanding dolar Singapura
Menurut laporan Bloomberg, ringgit mengukuh 0.2 peratus kepada 3.0615 berbanding dolar Singapura pada Rabu sekali gus menunjukkan paras tertinggi yang dicapai sejak Mac 2021. - Gambar fail
SINGAPURA 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Singapura hari ini, disokong oleh harga tenaga yang tinggi dan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI).
Menurut laporan Bloomberg, ringgit mengukuh 0.2 peratus kepada 3.0615 berbanding dolar Singapura pada Rabu sekali gus menunjukkan paras tertinggi yang dicapai sejak Mac 2021.
Ahli Strategi Goldman Sachs Group Inc., Danny Suwanapruti dipetik sebagai berkata, ringgit dijangka menjadi antara mata wang terbaik di Asia tahun ini.
"Berikutan gangguan di Selat Hormuz, dan kemungkinan untuk harga gas asli cecair meningkat, kami yakin Malaysia dalam kedudukan terbaik di rantau ini untuk mengharungi kejutan tenaga global.
“Kami kekal optimis terhadap ringgit dan mengekalkan saranan perdagangan untuk menjual dolar Singapura dan membeli ringgit,” menurut laporan itu.
Pada 3.16 petang, ringgit berada pada 3.0633/0663 berbanding dolar Singapura daripada 3.0635/0673 semasa ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar Singapura
#prestasi ringgit
#nilai tukaran
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan