awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa

Bernama
Bernama
13/03/2025
09:30 MYT
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula Isnin (17 Mac). - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ringkasan AI
  • Sabah, Sarawak, dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi hujan berterusan dari 18 hingga 21 Mac akibat luruan monsun.
  • Keadaan ini dijangka menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
  • Orang awam dinasihatkan untuk merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula Isnin (17 Mac).
Beliau berkata keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan berterusan di lokasi tersebut.
"Amaran hujan berterusan akan dikeluarkan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan berterusan
#MetMalaysia
#Sabah
#Sarawak
#selatan semenanjung
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan