awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR

Bernama
Bernama
10/03/2025
23:50 MYT
Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
ABDUL FATTAH: ANGKASA menawarkan kepada syarikat pemberi pinjaman supaya menggunakan SPeKAR sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan individu terutama melihat mana-mana pemohon yang berada dalam senarai peminjam bermasalah. - Gambar fail/BERNAMA
LIPIS: Senario penjawat awam muflis akibat bebanan hutang yang tinggi boleh dielakkan sekiranya Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA (SPeKAR) diguna pakai sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan sebelum sesuatu pinjaman diluluskan.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.
"Kajian menunjukkan 10 hingga 15 peratus penjawat awam muflis setiap tahun. Dengan adanya SPeKAR, kita dapat mengenal pasti lebih awal mereka yang berisiko tinggi dan mengelakkannya daripada terus menambah beban kewangan.
"Sistem ini boleh digunakan sebagai pusat sehenti untuk memeriksa kredit individu yang melakukan urus niaga dengan institusi kewangan. Ini bagi memastikan pemohon pinjaman mempunyai tahap kredit yang baik dan tidak membebankan mereka dengan pinjaman baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) Datuk M Bakri Abd Majid sebelum ini berkenaan penjawat awam yang tidak mampu membayar pinjaman kerana meminjam luar kemampuan di sini pada Ahad.
Abdul Fattah berkata kelebihan sistem itu ialah kebanyakan penjawat awam mempunyai jaringan kredit melalui koperasi berikutan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) adalah komponen utama yang terdapat dalam SPeKAR.
Beliau berkata majoriti kakitangan awam membuat pinjaman bayaran insurans, yuran kelab atau keahlian atau membuat potongan yayasan menggunakan SPGA.
"SPGA adalah sumber utama penyimpanan data peminjam yang penting dalam SPeKAR selain 366 pemberi pinjaman termasuk Non Bank Lender Credit Information (NLCI) dan penyumbang data senarai hitam.
"Oleh itu, ANGKASA menawarkan kepada syarikat pemberi pinjaman supaya menggunakan SPeKAR sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan individu terutama melihat mana-mana pemohon yang berada dalam senarai peminjam bermasalah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPeKAR
#penjawat awam
#Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA
#muflis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan