awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Waspada peralihan monsun aktif
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko sekatan perdagangan akibat pertahan hak Palestin tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
28/11/2024
00:30 MYT
Risiko sekatan perdagangan akibat pertahan hak Palestin tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kuantan akan meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan langkah-langkah yang diambil bersama PBT untuk menangani kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar.
KUALA LUMPUR: Risiko sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat susulan kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, RSN Rayer (PH-Jelutong) mengemukakan soalan berkaitan isu tersebut dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, sebaik sidang bermula pada pukul 10 pagi.
Dalam sesi sama, Perdana Menteri dijadualkan menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai alasan kontrak sewaan helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaksanakan secara pajakan tidak melalui tender terbuka antarabangsa atau pendekatan kerajaan kepada kerajaan (G to G).
Sementara itu, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) akan meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan langkah-langkah yang diambil bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangani kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar, pada sesi soal jawab lisan.
Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian yang terlibat.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari, bermula 14 Okt lepas hingga 12 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Palestin
#sekatan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan