awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM cecah paras tertinggi dalam 11 tahun - Kenanga IB

AWANI Columnist
AWANI Columnist
09/03/2026
09:15 MYT
Rizab antarabangsa BNM cecah paras tertinggi dalam 11 tahun - Kenanga IB
Rizab mata wang asing meneruskan aliran meningkat untuk bulan ke-11 berturut-turut, naik AS$1.2 bilion (1.1 peratus bulan ke bulan) kepada AS$112.5 bilion, meskipun berlaku aliran keluar modal bersih. - Gambar fail
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026, paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 tahun, disokong oleh pengukuhan pegangan pertukaran asing dan peningkatan rizab emas.
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB), rizab meningkat sebanyak AS$1.4 bilion atau 1.1 peratus bulan ke bulan, sekali gus mencatat paras tertinggi sejak Ogos 2014.
“Meskipun terdapat peningkatan, liputan import susut kepada 4.7 bulan (Januari: 4.8), manakala nisbah rizab kepada hutang luar jangka pendek kekal tidak berubah pada 0.9 kali,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan.
Kenanga IB berkata rizab mata wang asing meneruskan aliran meningkat untuk bulan ke-11 berturut-turut, naik AS$1.2 bilion (1.1 peratus bulan ke bulan) kepada AS$112.5 bilion, meskipun berlaku aliran keluar modal bersih.
“Rizab pertukaran asing bersih meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 44 bulan iaitu AS$79.5 bilion pada Januari (Disember: AS$77.2 bilion), mencerminkan pengurangan pengaliran keluar bersih jangka pendek yang telah ditetapkan,” katanya.
Rizab emas turut meningkat sebanyak AS$0.2 bilion (3.7 peratus bulan ke bulan dan 87.6 peratus tahun ke tahun) kepada paras rekod AS$6.1 bilion.
“Ini berkemungkinan mencerminkan satu lagi pusingan pembelian selepas BNM meningkatkan pegangan kepada 1.36 juta auns troy tulen pada Januari (Februari: 1.25 juta), peningkatan pertama sejak Oktober 2018,” kata Kenanga IB.
Sementara itu, ringgit mengukuh untuk bulan keempat berturut-turut pada Februari dengan kenaikan 3.0 peratus, menggandakan peningkatan 1.5 peratus pada Januari.
Gandingan dolar Amerika Syarikat (AS)-ringgit mencatat purata 3.91 pada Februari 2026 (Januari 2026: 4.03), iaitu paras paling kukuh sejak April 2018.
“Pergerakan ini mencerminkan kelemahan dolar AS apabila pelabur semakin cenderung menjual mata wang itu ketika kenaikan sementara, berbanding membelinya untuk mengambil peluang kenaikan tersebut. Ini mencerminkan keyakinan terhadap dolar AS kekal merosot, selain sentimen untuk mengurangkang pegangan terhadap aset AS terus berlegar dalam pasaran.
“Pasaran juga menilai semula risiko perdagangan selepas Presiden Donald Trump menggantikan rejim tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) dengan surcaj 15 peratus, sekali gus mengurangkan risiko peningkatan ketegangan perdagangan yang lebih ketara,” kata nota itu.
Kenanga IB mengekalkan sasaran nilai ringgit pada 3.95 menjelang akhir 2026, namun menyatakan ketidaktentuan pergerakan ringgit melebar dengan ketara berikutan perubahan struktur yang digambarkan sebagai “dekomoditisasi” ringgit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#rizab antarabangsa
#ekonomi
# Kenanga IB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan