awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM100 bantuan SARA mula disalurkan hari ini, manfaat 22 juta rakyat dewasa

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2025
06:29 MYT
RM100 bantuan SARA mula disalurkan hari ini, manfaat 22 juta rakyat dewasa
Orang ramai membeli barangan keperluan asas di sebuah pasar raya menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang disalurkan mulai hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri atau 'one-off' mula disalurkan hari ini kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas, bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai itu disalurkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk terpilih.
Ia boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis seluruh negara termasuk pasar raya seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah.
“Ini adalah ikhtiar segera untuk meringankan beban sara hidup dan sebagai penghargaan kepada rakyat,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Beliau memaklumkan bahawa bantuan ini memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2 bilion.
Jumlah peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA turut dinaikkan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun ini, menjadikannya kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa tanpa pengecualian.
Walaupun kadar inflasi keseluruhan pada Jun 2025 berada pada tahap terendah dalam tempoh 52 bulan iaitu 1.1 peratus, Anwar menegaskan bahawa kenaikan harga makanan dan minuman masih melebihi purata inflasi dan perlu ditangani dengan bijaksana serta segera.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#bantuan SARA
#Hari Kebangsaan 2025
#Anwar Ibrahim
#beban sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan