awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM14 bilion kukuhkan ketenteraan Sabah secepat mungkin

Radhi Muslim
Radhi Muslim
11/09/2020
23:20 MYT
RM14 bilion kukuhkan ketenteraan Sabah secepat mungkin
Ismail Sabri bercakap pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Sri Kinabatangan, di Sandakan, pada Jumaat. - Astro AWANI
Sejumlah RM14 bilion diperuntukkan bagi menambah aset, anggota dan membina kem tentera di Sabah dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan keselamatan Sabah.
Menurutnya, fokus turut diberikan kepada pantai timur Sabah.
"Kita akan menambahkan dari segi keanggotaan kita dan juga aset ketenteraan kita, juga dari segi penambahan beberapa kem baru, yang melibatkan artileri dan sebagainya.
"Tujuan kita adalah untuk memperkasa dan memperkukuhkan kekuatan ketenteraan kita di Sabah.
"Kita juga memberi fokus kepada pantai timur Sabah ini kerana kita lihat pantai timur merupakan kawasan yang agak sensitif dan perlu dipertahankan.
"Saya ingin beri jaminan kepada rakyat di Sabah bahawa kekuatan kita mampu untuk mempertahankan bumi Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Sri Kinabatangan, di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, antara yang akan dibina adalah sembilan batalion dan empat regimen artileri.
"Secara keseluruhan, sebuah briged infantri, tiga buah batalion infantri, sebuah rejimen armor, tiga buah rejimen artileri, serta satu skuadron pasukan udara akan ditubuhkan bagi memperkuat dan mempertahankan Sabah daripada sebarang ancaman," jelas Ismail Sabri.
Topic Berkaitan
#ancaman
#aset
#ismail sabri yaakob
#keanggotaan
#kem
#keselamatan
#Pantai
#Pantai Timur Sabah
#Sabah
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan