awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri dan KL hingga 8 malam ini
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.4 billion bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi suku pertama 2026

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/03/2026
03:35 MYT
RM2.4 billion bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi suku pertama 2026
Chin Tong berkata, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri hari ini, bayaran STR Fasa 2 akan diawalkan dan dibayar secara berperingkat mulai esok (10 Mac). - Gambar fail
Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk suku pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
Beliau berkata setakat ini kerajaan telah menyalurkan bayaran STR Fasa 1 kepada penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Katanya selaras dengan pengumuman Perdana Menteri hari ini, bayaran STR Fasa 2 akan diawalkan dan dibayar secara berperingkat mulai esok (10 Mac).
“Bayaran Fasa 2 ini akan dinikmati lebih lima juta penerima menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Roderick Wong Siew Lead mengenai status terkini penerima STR serta sebab utama permohonan penerima yang diluluskan pada tahun-tahun sebelumnya ditolak pada tahun ini, selain langkah kerajaan bagi memastikan golongan yang layak tidak tercicir.
Chin Tong berkata lebih lapan juta penerima yang layak dengan jumlah bayaran sebanyak RM15 bilion telah direkodkan bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun ini.
Bagaimanapun, jumlah itu dijangka meningkat kepada hampir sembilan juta penerima pada 2026 susulan pembukaan proses permohonan baharu, rayuan dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun, katanya.
“Antara sebab utama permohonan ditolak yang dikenal pasti termasuk pemohon meninggal dunia, pendapatan melebihi syarat kelayakan, mempunyai rekod dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta status perkahwinan yang memerlukan pengesahan,” kata Chin Tong.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata kerajaan bekerjasama dengan lebih 80 agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri serta Kumpulan Wang Amanah Persaraan bagi memastikan proses penyaluran bantuan yang lebih tepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liew Chin Tong
#STR 2026
#Sumbangan Tunai Rahmah
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan