awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM8 juta untuk keperluan asas mangsa banjir - Rina

Bernama
Bernama
04/01/2021
08:45 MYT
RM8 juta untuk keperluan asas mangsa banjir - Rina
Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi menampung pelbagai keperluan asas mangsa banjir termasuk makanan kering, tilam, selimut dan bantal di lapan depoh seluruh negara. - Gambar fail
KUANTAN:Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi menampung pelbagai keperluan asas mangsa banjir termasuk makanan kering, tilam, selimut dan bantal di lapan depoh seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Daripada jumlah itu, Rina berkata RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan itu di Pahang, yang setakat 1 tengah hari tadi merekodkan jumlah mangsa seramai 10,739 orang daripada 3,319 keluarga yang ditempatkan di 201 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.
"Mangsa dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengamalkan norma baharu seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berada di PPS," katanya.
Rina berkata demikian menerusi kenyataan media selepas melawat mangsa banjir di tiga PPS sekitar Raub kira-kira 161 kilometer dari sini, hari ini, iaitu PPS Dewan Kampung Pia, Masjid Kampung Temau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kundang Patah dengan diiringi Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainol Abidin.
Setakat 1 tengah hari tadi, berdasarkan portal Info Bencana JKM enam negeri dilanda banjir iaitu Pahang, Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu melibatkan mangsa seramai 20,093 orang daripada 5,779 keluarga yang ditempatkan di 284 PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Rina Harun
#banjir pahang
#prosedur operasi standard
#mati lemas
#Majlis Keselamatan Negara
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan