awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK12: KDN lulus 21 projek bernilai RM558.7 juta - Hamzah

Bernama
Bernama
10/01/2022
07:46 MYT
RMK12: KDN lulus 21 projek bernilai RM558.7 juta - Hamzah
Daripada 21 projek yang diluluskan itu, 10 daripadanya adalah projek-projek pembangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 11 lagi berada di bawah agensi lain KDN.- Gambar fail/BERNAMA
SEMENYIH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan sebanyak 21 projek kementerian berkenaan bernilai RM558.7 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata daripada 21 projek yang diluluskan itu, 10 daripadanya adalah projek-projek pembangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 11 lagi berada di bawah agensi lain KDN.
Beliau berkata kos projek melibatkan PDRM adalah dianggarkan bernilai RM326.8 juta.
"Sebanyak 10 projek PDRM berkenaan antaranya akan membina 18 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor, pembinaan Balai Polis Kuala Penyu di Beaufort, Sabah serta pembinaan 10 kuarters Balai Polis Pulau Redang di Terengganu.
"Selain itu, perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan IPK Perak," katanya dalam sidang media selepas hadir majlis perasmian Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas PDRM, di Kem Batalion 4, PGA, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#KDN
#RMK12
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan