awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodok dada suami hingga mati: Wanita direman enam hari

Raffi Bachik
Raffi Bachik
15/10/2017
03:50 MYT
Rodok dada suami hingga mati: Wanita direman enam hari
Wanita berkenaan ditahan polis selepas dipercayai menikam dada suami yang baru dikahwininya enam bulan lepas, dengan menggunakan sebilah pisau. - Foto Astro AWANI / RAFFI BACHIK
Seorang wanita yang dipercayai menikam suami sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini semalam diperintah reman selama enam hari oleh mahkamah Majistret Muar hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 20 Oktober depan itu dikeluarkan Majistret Zuraidah Abu Bakar terhadap suspek berusia 18 tahun itu.
BACA: Gara-gara tidak pulang ke rumah, lelaki maut ditikam isteri
Suspek wanita yang juga bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam dan pasar tani sekitar daerah Muar dan Tangkak itu direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membolehkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap polis bewarna jingga dan bertudung tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Muar sekitar 8.30 pagi sebelum dibawa keluar empat jam kemudian.
Semalam Astro AWANI melaporkan, wanita berkenaan ditahan polis selepas dipercayai menikam dada suami yang baru dikahwininya enam bulan lepas, dengan menggunakan sebilah pisau.
Kejadian sekitar 1.43 petang itu dipercayai berlaku apabila suspek tidak berpuas hati selepas mangsa Mohd Firdaus Dsalehuddin, 28, yang bekerja sebagai pemotong ayam di pasar awam, Muar sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah pasangan itu di Parit Bunga, Tangkak.
Susulan itu, pihak polis menahan suspek di lokasi kejadian dan merampas senjata yang digunakan.
Topic Berkaitan
#bunuh suami
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mati
#maut
#Muar
#rumah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan