awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 40 peratus pelaburan baharu diagihkan keluar kawasan Perak Perdana
Trump persenda perunding beri amaran kenaikan harga minyak
KLM batal 160 penerbangan bulan depan susulan kenaikan kos bahan api
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodtang 'buka mulut' berkenaan isu disaman ONE Championship

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
09:28 MYT
Rodtang 'buka mulut' berkenaan isu disaman ONE Championship
Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai itu seperti tidak menyangka perkara itu sedang menghimpit dirinya ketika ini. - Stadium Astro
"MEREKA kata kami seperti adik-beradik."
Itu luahan bintang muay thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon yang berasa hairan dengan tindakan ONE Championship yang mahu menyaman dirinya susulan dakwaan pelanggaran kontrak.
Terdahulu, platform promosi seni bela diri global itu mengesahkan sedang melakukan proses perundangan di tiga negara iaitu Singapura, Jepun dan Thailand.
Dalam kenyataan rasmi, ONE menegaskan komitmen mereka terhadap ketelusan kepada peminat, atlet serta rakan strategik, sambil menjelaskan tindakan itu diambil selepas berlakunya beberapa pelanggaran perjanjian kontrak.
Katanya, tindakan undang-undang tersebut berpunca daripada kegagalan Rodtang memenuhi komitmen kontraknya, selain kebimbangan terhadap kenyataan atau maklumat yang berpotensi menimbulkan salah faham atau dianggap berunsur fitnah.
Bercakap mengenai maklum balas, Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai itu seperti tidak menyangka perkara itu sedang menghimpit dirinya ketika ini.
“Saya menandatangani kontrak itu pada tahun 2022. Saya meminta untuk melihat kontrak itu dan hanya menerimanya pada November 2025.
"Tambahan pula, saya tidak boleh membaca Bahasa Inggeris, dan sekarang mereka akan menyaman saya.
"Mengapa saya perlu melalui sesuatu seperti ini?
"Adakah keadilan benar-benar masih wujud?
"Dan mereka kata kami seperti adik-beradik,” katanya.
Rodtang dijadualkan melawan Takeru Segawa dalam perlawanan ulangan (pertembungan terakhir menyaksikan Rodtang menang pada tahun lalu) yang sangat dinanti-nantikan untuk merebut gelaran ONE Interim Flyweight Kickboxing pada 29 April 2026, di ONE Samurai 1 di Tokyo, Jepun. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Muay Thai
#Rodtang Jitmuangnon
#saman
#ONE Championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan