awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol berkumpulan di sekolah: Pelajar terlibat dibuang sekolah - JPN Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/10/2025
07:43 MYT
Rogol berkumpulan di sekolah: Pelajar terlibat dibuang sekolah - JPN Kedah
Tiga pelajar sebuah sekolah termasuk seorang bekas pelajar ditahan polis Ahad setelah disyaki terbabit dalam kes salah laku seksual di dalam kelas dan menyebarkan bahan lucah di media sosial. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah yang ditahan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan di Baling dikenakan tindakan buang sekolah.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, berkata proses siasatan dalaman membabitkan kes berkenaan telah dimulakan pihaknya sejurus menerima laporan.
“Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian dan bantuan kaunseling segera diberikan kepada mangsa.
“Kes ini kini sedang berada dalam siasatan pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, JPN Kedah mengambil perhatian serius kes rogol dan penyebaran video kelakuan tidak senonoh melibatkan pelajar terbabit.
“Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan,” katanya.
Terdahulu, laporan Astro AWANI tiga pelajar sebuah sekolah termasuk seorang bekas pelajar ditahan polis Ahad setelah disyaki terbabit dalam kes salah laku seksual di dalam kelas dan menyebarkan bahan lucah di media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, kesemua mereka ditahan pada hari sama pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 53 tahun yang dibuat kira-kira pukul 11 pagi.
Katanya, laporan dibuat selepas ibu mangsa dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video membabitkan anaknya.
Topic Berkaitan
#kes rogol di sekolah
#video lucah
#buang sekolah
#JPN Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan