awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rohani cadang hukuman buang sekolah dikaji semula

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
03/10/2017
08:45 MYT
Rohani cadang hukuman buang sekolah dikaji semula
ROHANI: Apabila mereka dibuang sekolah, tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab terhadap mereka selepas itu. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar tindakan 'buang sekolah' yang dikenakan terhadap pelajar bermasalah di negara ini dikaji semula.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara ini kerana tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.
"Apabila mereka dibuang sekolah, tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab terhadap mereka selepas itu.
"Justeru, mereka akan menjadi lebih terbiar, tidak terbimbing hingga terbabit dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai termasuk gejala sosial," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan 2017 di kementerian tersebut di sini.
Kerana itu, katanya, pihaknya mencadangkan agar perkara ini ditangani dengan kaedah yang lain.
"Bukan dibuang sekolah, sebaliknya diletakkan dalam kelas khas peralihan.
"Di sini pemantauan lebih ketat dapat dilakukan manakala pihak kita (KPWKM) boleh membantu dengan menyediakan kaunselor untuk membantu pelajar-pelajar ini," katanya lagi.
Katanya, cadangan ini telah pun dibawa ke dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu dan kabinet telah mengarahkan pasukan petugas khas dibentuk untuk menangani isu ini.
"Semua kementerian telah diarahkan untuk melaksanakan program intervensi agar isu sosial melibatkan remaja dapat ditangani," tambahnya.
Setiap individu di Malaysia diwajibkan untuk memperoleh pendidikan selama enam tahun, manakala pendidikan asas yang disediakan adalah selama 12 tahun.
Topic Berkaitan
#buang sekolah
#Kementerian Pendidikan
#KPWKM
#pelajar bermasalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan