awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompak berkumpulan: Dua lagi pegawai SPRM ditahan - Bukit Aman

Bernama
Bernama
16/12/2021
14:06 MYT
Rompak berkumpulan: Dua lagi pegawai SPRM ditahan - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pegawai SPRM berkenaan yang masing-masing berusia 37 dan 39 tahun, ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menahan dua lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang, di sini, melibatkan kerugian bernilai RM700,000, pada Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pegawai SPRM berkenaan yang masing-masing berusia 37 dan 39 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kedua-dua pegawai SPRM itu direman mulai hari ini sehingga Ahad ini, dan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
"PDRM dalam masa sama, menyeru orang ramai supaya memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara telus dan adil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 12 Dis, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara pada 10 Dis lalu.
Tahanan reman pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki terlibat dengan kes itu dilanjutkan sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#SPRM
#kes rompakan
#jalan ampang
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan