awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KT01 selamat tiba di Madinah, buka tirai musim haji 1447H
Polis terima laporan berhubung dakwaan fitnah terhadap MAIS
Konflik Asia Barat strategi politik domestik AS menjelang pilihan raya?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RON97 turun 13 sen, RON95 dan diesel kekal

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2019
09:34 MYT
RON97 turun 13 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 13 sen seliter iaitu daripada RM2.76 seliter kepada RM2.63 seliter bagi tempoh 1 hingga 14 Jun ini. -Gambar fail
Harga runcit petrol RON97 turun 13 sen seliter iaitu daripada RM2.76 seliter kepada RM2.63 seliter bagi tempoh 1 hingga 14 Jun ini.
Bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga RON95 dan diesel dikekalkan untuk tempoh dua minggu sempena dengan musim cuti Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, selepas 14 Jun 2019, penetapan harga runcit produk petroleum ini akan kembali kepada asal di mana penetapan akan dibuat secara mingguan.
“Penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.
“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.40 seliter masing-masing.
“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 1 Jun 2019 sehingga 14 Jun 2019 adalah berjumlah RM165.27 juta," tulis kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#diesel
#harga minyak
#hari raya
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#petrol
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan