awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu - UNHCR
Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar - Muhyiddin
Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronald Kiandee sertai GRS hanya spekulasi - Armizan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2026
06:23 MYT
Ronald Kiandee sertai GRS hanya spekulasi - Armizan
Armizan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Burger King Benoni Drive-Thru pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Khabar angin yang mengatakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee akan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya spekulasi, kata Timbalan Setiausaha GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat di peringkat gabungan berhubung perkara tersebut.
"Saya melihat perkara itu sebagai satu spekulasi dan mungkin hanya andaian kerana masih terlalu awal.
"Sebagai seorang ahli politik senior, saya tidak fikir Datuk Seri Ronald akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdeka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Burger King Benoni Drive-Thru di sini pada Ahad.
Bagaimanapun, Armizan menegaskan bahawa beliau tidak bercakap mewakili parti-parti komponen GRS walaupun menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung.
"Perkara ini tidak pernah dibincangkan, apatah lagi mewakili mana-mana parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Liberal Demokratik (LDP) mahupun Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)," katanya.
Beliau berkata, sebarang penyertaan ke dalam GRS perlu berlandaskan kepada prinsip perjuangan gabungan itu.
"Bagi saya secara peribadi, mana-mana pihak yang ingin menyertai GRS atau parti komponen tempatan perlu kembali kepada empat teras perjuangan GRS iaitu Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.
"Kita perlu terbuka dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menyertai parti tempatan serta berpegang kepada empat teras perjuangan ini. Apabila semua berada dalam landasan parti politik lokal, suara kita akan menjadi lebih kuat dan kita akan lebih kukuh apabila bersatu," ujarnya.
Sebelum ini, tular satu hantaran dari sebuah portal menyatakan Ronald yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah bakal menyertai GRS. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Krisis Bersatu
#Ronald Kiandee
#Armizan Mohd Ali
#sertai GRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan