awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rondaan keselamatan tiga negara di perairan Sulu dilancar 11 April

Bernama
Bernama
31/03/2017
06:43 MYT
Rondaan keselamatan tiga negara di perairan Sulu dilancar 11 April
WAN ABDUL BARI: Melalui rondaan koordinasi ini juga menjadikan Esscom terus komited mengekalkan keamanan dan keselamatan yang dipertanggungjawabkan.
Rondaan keselamatan bersama di perairan Sulu melibatkan kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan dilancarkan pada 11 April depan di Sandakan.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk DCP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata inisiatif itu mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menjaga keselamatan perairan negara khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada dibolosi jenayah rentas sempadan.
"Melalui rondaan koordinasi ini juga menjadikan Esscom terus komited mengekalkan keamanan dan keselamatan yang dipertanggungjawabkan," katanya dalam sidang akhbar sempena Perbarisan Ulang Tahun Penubuhan ke-4 Esscom di sini, hari ini.
Esscom mengkoordinasi tiga pasukan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi menjaga keselamatan perairan Esszone yang meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Dalam pada itu, Abdul Bari berkata Esscom sentiasa menyasarkan sifar jenayah di Esszone namun perkara itu adalah mustahil tetapi jenayah yang berlaku boleh dikurangkan dengan penglibatan semua pihak.
Katanya, pasukan keselamatan sahaja tidak cukup untuk mencegah jenayah sendirian sebaliknya memerlukan penglibatan masyarakat setempat.
"Penglibatan badan bukan kerajaan dan sektor korporat juga masih kurang, kalau boleh kita berbincang perkara yang boleh mereka bantu dan kami bantu sekali gus mewujudkan kerjasama demi keselamatan perairan Sabah," katanya lagi.
Sementara itu katanya konsep kejayaan pihaknya tidak boleh diukur kerana kejayaan Esscom itu antaranya meliputi kejayaan mengekang penyeludupan jenayah dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) agar keselamatan dan kedaulatan perairan Sabah kekal.
"Pada tahun 2017, kami berjaya mengekang pelbagai aktiviti jenayah selepas melalui pelbagai proses penelitian dan apabila telah dikenal pasti sasaran tertentu, kami gerakkan penglibatan kami," katanya.
Susulan itu, menurutnya pelbagai rampasan dan tangkapan berjaya ditingkatkan dari mula Esscom ditubuhkan sejak empat tahun lalu.
"Rampasan juga telah mencecah kepada RM14 juta dan kejayaan Esscom ini tidak dilihat," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#ESSZONE
#jenayah
#kawalan keselamatan
#tentera
#Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan