awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RoS: DAP harus utamakan pelaksanaan keputusan

Bernama
Bernama
04/08/2013
09:17 MYT
RoS: DAP harus utamakan pelaksanaan keputusan
DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana itu keputusan terbaik, mencerminkan permintaan akar umbi DAP.
Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata langkah itu juga menunjukkan ketulusan kepimpinan DAP berpegang pada janji mereka kepada umum untuk melaksanakan apa juga keputusan yang diumum oleh ROS.
Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, Abdul Rahman turut menjelaskan semua perkara berhubung pertubuhan diurus berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan ROS membuat keputusan berpandukan penjelasan yang diberi oleh pihak terlibat.
"Dalam hal ini ROS telah menyatakan pendiriannya yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Pemimpin DAP sebenarnya sendiri tahu mereka tidak memberi penjelasan yang memuaskan dan risiko yang mereka ambil," katanya.
Menurut Abdul Rahman Akta Pertubuhan 1966 juga tidak memperuntukkan keperluan ROS menjelaskan mengapa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.
"Perkara utama yang perlu difahami ialah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh ROS bertepatan dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 bukan desakan atau dendam.
"Bahkan ROS telah mengambil sikap yang terlalu 'humanistic' menguruskan pemimpin DAP walaupun beberapa kali difitnah khususnya sepanjang pilihan raya umum yang lalu atas dasar politik," katanya.
Kenyataan Abdul Rahman itu menyusul respons Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng DAP yang mempersoal peruntukan undang-undang yang diguna ROS dalam memutuskan DAP perlu membuat pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Lim juga dilapor berkata DAP tidak akan mematuhi arahan ROS itu selagi tuntutannya mengenai perkara berkenaan tidak dijelaskan sepenuhnya.
Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.
Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata dakwaan pempimpin DAP bahawa mereka telah memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah tidak tepat kerana sepanjang siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.
"Mereka juga sering kali menangguhkan penghantaran maklumat yang diperlukan ataupun tidak menyediakannya walaupun perkara itu telah dinyatakan kepada mereka lebih awal," katanya yang menyifatkan keengganan DAP mematuhi keputusan ROS sebagai sangat mendukacitakan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Othman
#DAP
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan