awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah gagal rayuan gugurkan hakim

Bernama
Bernama
03/03/2026
06:21 MYT
Rosmah gagal rayuan gugurkan hakim
Rosmah (foto) gagal dalam rayuan akhirnya untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes rasuah melibatkan projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion. -Foto fail/Bernama
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuan akhirnya untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes rasuah melibatkan projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar sebulat suara memutuskan bahawa tiada kesilapan dilakukan yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah juga memutuskan bahawa Mohamed Zaini tidak melanggar Kod Etika Hakim 2009 susulan dakwaan bahawa draf penghakiman yang bocor telah disediakan unit penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum beliau menyampaikan keputusannya pada 1 Sept 2022.
"Oleh itu, rayuan ini ditolak,” kata Hakim Nordin.
Rosmah, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, daripada kes berkenaan. - Bernama
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#projek solar hibrid
#Mahkamah Persekutuan
#Mohamed Zaini Mazlan
#Najib Razak
#rayuan ditolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan