awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah hadiri sesi ucapan CEO Facebook

Bernama
Bernama
20/11/2016
05:12 MYT
Rosmah hadiri sesi ucapan CEO Facebook
Rosmah (dua, kiri) bersama isteri ketua-ketua negara lain menghadiri majlis makan tengahari di Muzium Larco hari ini. Terdahulu Rosmah dan isteri ketua-ketua negara lain menghadiri satu sesi ucaptama oleh Mark Zuckerberg. - fotoBERNAMA
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sesi ucaptama oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 pada Sabtu.
Sidang kemuncak itu diadakan dalam rangka Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2016 di sini.
Rosmah berada di ibu negara Peru bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mesyuarat dua hari itu.
Rosmah menyertai Wanita Pertama Peru, Nancy Lange Kuczynksi, dan pasangan pemimpin APEC yang lain ke sesi ucapan Zuckerberg mengenai revolusi kesalinghubungan.
APEC yang diasaskan pada 1989, adalah satu forum ekonomi, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan 21 negara lingkaran Pasifik.
Anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. -- Bernama
Topic Berkaitan
#apec summit
#Mark Zuckerberg
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan