awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah menang saman fitnah ilmu hitam, pemilik akaun TikTok diperintah bayar RM100,000

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
08/07/2025
02:00 MYT
Rosmah menang saman fitnah ilmu hitam, pemilik akaun TikTok diperintah bayar RM100,000
Pada 19 September 2023, Rosmah mengemukakan saman menerusi Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak dan menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Ku Muhammad Hilmie berhubung kenyataan fitnah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pemilik akaun TikTok membayar RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan berunsur fitnah yang mendakwa beliau mengamalkan ilmu hitam.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas defendan, Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, gagal memfailkan memorandum kehadiran bagi menjawab saman Rosmah dalam tempoh ditetapkan.
Ketika membacakan keputusan dalam prosiding taksiran ganti rugi secara dalam talian, hakim berkata pihak plaintif berjaya menunjukkan asas yang kukuh untuk layak menerima pampasan berikutan fitnah yang dilemparkan.
“Setelah mengambil kira semua pertimbangan, mahkamah mendapati jumlah keseluruhan RM100,000 adalah wajar dan seimbang, merangkumi ganti rugi am serta ganti rugi teruk,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan bagi ganti rugi teladan kerana tiada bukti kukuh dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut.
Pada 19 September 2023, Rosmah, 74, memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, dengan tuntutan asal sebanyak RM1 juta terhadap Ku Muhammad Hilmie.
Dalam afidavit sokongannya, Rosmah menamakan defendan selepas individu berkenaan memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya menggunakan nama ‘CEO Heelmie Fighter’ pada 22 Mac 2023, yang didakwa mengandungi kenyataan palsu dan berniat jahat.
Menurut Rosmah, kenyataan tersebut telah mencemarkan reputasi, nama baik dan integritinya sebagai figura awam serta penaung kepada beberapa badan amal di negara ini.
Beliau turut berhujah bahawa jumlah pampasan wajar mengambil kira latar belakang, kedudukan serta pencapaiannya sepanjang berkhidmat dalam pelbagai inisiatif sosial.
Untuk rekod, Rosmah memperoleh penghakiman ingkar terhadap defendan pada 28 Mei tahun lalu selepas tiada sebarang pembelaan difailkan.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#TikTok
#ilmu hitam
#saman
#fitnah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan