awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosnah Rashid Shirlin dilantik penasihat khas Menteri Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
05:59 MYT
Rosnah Rashid Shirlin dilantik penasihat khas Menteri Kesihatan
Pada 2009 hingga 2013, Rosnah pernah pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dilantik sebagai penasihat kas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Nama Rosnah berada dalam direktori Kementerian Kesihatan bersama seorang lagi penasihat khas Menteri Kesihatan, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli.
Pada 2009 hingga 2013, Rosnah pernah pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2013 hingga 2018 sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada calon Parti Warisan (Warisan), Ahmad Hassan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan senarai jemaah menterinya telah melantik Khairy sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Datuk Seri Dr Adham Baba yang ditukar ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Topic Berkaitan
#Rosnah Rashid Shirlin
#Penasihat Khas
#Menteri Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan