awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Royalti Minyak: Pakatan Harapan tidak mungkir janji manifesto

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
01/08/2018
09:03 MYT
Royalti Minyak: Pakatan Harapan tidak mungkir janji manifesto
pembayaran royalti yang dimaksudkan dalam manifesto tersebut adalah dalam konteks seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Pakatan Harapan tidak memungkiri janji manifestonya dalam hal berkaitan pemberian royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berkata pembayaran royalti yang dimaksudkan dalam manifesto tersebut adalah dalam konteks seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.
"Apa yang saya ingin tegaskan, saya ingin ulang definisi yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974, tiada istilah royalti, yang ada hanya pembayaran tunai," kata Azmin.
Ketika itu, Azmin mendapat kritikan daripada Ahli Parlimen pembangkang kerana mereka mendakwa bahawa manifesto yang digariskan Pakatan Harapan tidak bertepatan dengan pendirian kerajaan kini.
Setelah beberapa minit kecoh, Azmin memaklumkan bahawa Seksyen 4 daripada akta tersebut memperuntukkan pembayaran tunai yang akan diberi harus dipersetujui kedua-dua pihak.
"Oleh itu, saya ingin jelaskan di sini, istilah pembayaran tunai kurang digunakan dalam kalangan umum sebaliknya kefahaman mereka ialah royalti.
"Atas sebab itu, apabila kita menggubal manifesto, kita menggunakan perkataan royalti, maksud royalti tersebut bukanlah dalam konteks mengikut kamus.
"Kita merujuk kepada pembayaran tunai seperti yang digariskan dalam akta," katanya ketika sesi penggulungannya pada sidang petang di Dewan Rakyat hari ini.
Manifesto yang digubal Pakatan Harapan menjanjikan 20 peratus royalti kepada pengeluar minyak.
Ketika ini, negeri-negeri pengeluar minyak mendapat bayaran berdasarkan lima peratus daripada jumlah pengeluaran kasar minyak namun akta ini telah menggariskan bayaran perlu dibuat berdasarkan keuntungan bersih.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#pembayaran
#royalti minyak
#tunai janji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan