awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ruang fiskal Indonesia bertahan walaupun harga minyak dunia meningkat - Bank Dunia

Agensi
Agensi
08/04/2026
15:10 MYT
Ruang fiskal Indonesia bertahan walaupun harga minyak dunia meningkat - Bank Dunia
Kedudukan fiskal Indonesia kekal agak kukuh, dengan defisit 2025 di bawah 3 peratus daripada KDNK dan hutang kerajaan pada sekitar 40 peratus daripada KDNK. - Gambar fail
Indonesia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi selepas mrmbuat keputusan untuk mengekalkan harga bahan api bersubsidi tidak berubah sehingga akhir tahun, walaupun harga minyak global meningkat berikutan konflik di Asia Barat.
Ketua Pakar Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Aaditya Mattoo berkata, kedudukan fiskal Indonesia kekal agak kukuh, dengan defisit 2025 di bawah tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan hutang kerajaan pada sekitar 40 peratus daripada KDNK.
“Indonesia menunjukkan kecenderungan ke arah fiskal yang berhemat dan dengan itu mempunyai kapasiti untuk terus memberikan sokongan melalui subsidi tenaga, secara tersirat dan tersurat,” katanya, lapor Agensi Berita ANTARA pada Rabu.
Bagaimanapun, Aaditya menegaskan, subsidi harus disasarkan dengan lebih baik bagi menjangkau kumpulan berpendapatan rendah serta segmen kelas pertengahan yang terdedah.
Beliau berkata, sokongan juga perlu diberikan kepada perniagaan kecil dan sebahagian daripada segmen perusahaan sederhana untuk mengurangkan tekanan ekonomi, sambil menggesa penambahbaikan dalam mekanisme penyampaian subsidi bagi mengelak beban fiskal jangka panjang yang berlebihan.
“Reka bentuk subsidi yang lebih disasarkan akan mengurangkan risiko fiskal dan menghalang tekanan jangka panjang yang boleh membantutkan pemulihan ekonomi,” katanya.
Pada 6 April, Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa memberi jaminan bahawa harga bahan api bersubsidi akan kekal tidak berubah sehingga akhir tahun, sambil menyatakan bahawa kerajaan telah mengira daya tahan belanjawan negara di bawah pelbagai senario harga minyak.
Purbaya berkata, Indonesia juga mempunyai penampan tambahan di luar belanjawan negara, termasuk dana lebihan belanjawan (SAL) kira-kira Rp420 trilion, dengan Rp200 trilion ditempatkan di bank, serta hasil negara bukan cukai daripada sektor tenaga dan sumber mineral.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#fiskal
#Indonesia
#minyak
#ekonomi
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan