awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2023
08:57 MYT
'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Anjing pengesan bernama Ruby tiba kira-kira jam 1.50 tengah hari.
PETALING JAYA: Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.
Ia dipercayai bagi mengesan petunjuk baharu selepas pasukan penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan agresif termasuk menggunakan K9 dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum ini.
Anjing pengesan bernama Ruby itu tiba kira-kira jam 1.50 tengah hari dan dilihat melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air manakala pasukan forensik PDRM turut dilihat menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
Pada Khamis, pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilaporkan menggunakan dron bagi mengesan sebarang bukti dan laluan tikus di laluan sama.
Operasi menerbangkan dron dijalankan sepasukan anggota dari Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman kira-kira 5 petang pada hari tersebut.
Dron itu diterbangkan pada ketinggian kira-kira 30 meter di sekitar kawasan belukar dan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat.
Difahamkan, tindakan itu bagi mengesan sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kejadian pembunuhan kanak-kanak berusia enam tahun terbabit selain kemungkinan terdapat laluan tikus di kawasan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#K9
#Anjing pengesan
#Apartmen Idaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan