awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asia Pacific faces weaker growth and higher inflation from Middle East crisis, says ADB
SPRM siasat dakwaan urus niaga saham libatkan kerugian dana awam lebih RM300 juta
Konflik Asia Barat: Pakistan, Perancis bimbang pencabulan gencatan senjata di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, Khairy dibawa kepada MT UMNO 17 April

Bernama
Bernama
28/03/2026
07:35 MYT
Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, Khairy dibawa kepada MT UMNO 17 April
Mohamed Khaled berkata perbincangan itu akan dibuat berteraskan semangat “Rumah Bangsa”, namun keputusan permohonan tidak semestinya diumumkan pada mesyuarat berkenaan. - Foto Bernama
Permohonan beberapa bekas pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 17 April ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perbincangan itu akan dibuat berteraskan semangat “Rumah Bangsa”, namun keputusan permohonan tidak semestinya diumumkan pada mesyuarat berkenaan.

“Saya akan bawa perkara ini ke dalam Mesyuarat MT atas semangat Rumah Bangsa, semangat Aidilfitri dan Ramadan. Kenyataan Presiden parti juga melihat perkara ini secara positif dan kita harap ada keputusan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek JanaVeteran di Telok Sengat di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih mengumpul permohonan dan tiada tempoh ditetapkan bagi bekas pemimpin atau ahli yang ingin menyertai semula UMNO.

Antara yang terlibat ialah Hishammuddin, Shahril Sufian Hamdan, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Datuk Maulizan Bujang yang digantung keahlian selama enam tahun.

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Khairy pula dipecat atas pelanggaran disiplin semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan penggantungan dan pemecatan itu dibuat oleh MT UMNO pada 27 Jan 2023.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#Rumah Bangsa
#permohonan
#UMNO
#Hishammuddin Tun Hussien
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan