awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat dakwaan urus niaga saham libatkan kerugian dana awam lebih RM300 juta

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
10/04/2026
10:21 MYT
SPRM siasat dakwaan urus niaga saham libatkan kerugian dana awam lebih RM300 juta
Siasatan SPRM mendapati terdapat elemen penilaian harga saham yang tidak munasabah dan tidak setimpal, sekali gus berpotensi menyebabkan kerugian dana awam yang dianggarkan melebihi RM300 juta.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan urus niaga saham melibatkan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan serta seorang pengerusi syarikat pegangan.
Menurut sumber, siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM mendapati terdapat elemen penilaian harga saham yang tidak munasabah dan tidak setimpal, sekali gus berpotensi menyebabkan kerugian dana awam yang dianggarkan melebihi RM300 juta.
Sumber memaklumkan, SPRM turut menggeledah dua syarikat penilaian saham lain bagi mengesahkan nilai sebenar saham yang terlibat dalam transaksi berkenaan.
Siasatan awal mendapati urus niaga tersebut disyaki dirancang secara sistematik, termasuk kemungkinan wujud aliran keluar masuk wang ke akaun luar negara.
Setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan, manakala tujuh lagi dijangka dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, selain turut merangkumi kesalahan pecah amanah jenayah.
Beliau memaklumkan siasatan juga melibatkan elemen pengubahan wang haram bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian transaksi yang berkaitan dengan kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#siasatan rasuah
#urus niaga saham
#dana awam
#pecah amanah
#pengubahan wang haram
#Badan Berkanun
#tadbir urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan