awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah dipecah masuk, ahli perniagaan wanita rugi RM3.5 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/03/2024
10:44 MYT
Rumah dipecah masuk, ahli perniagaan wanita rugi RM3.5 juta
Ashari berkata, selain peti besi, suspek turut melarikan beberapa buah beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, Ahad. - Gambar fail/Pixabay
WANGSA MAJU : Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira-kira RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan dalam kejadian di Padang Balang, Sentul di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek turut melarikan beberapa buah beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam itu.
Katanya, ketika rumah itu dipecah masuk penghuninya tiada di rumah berkenaan.
"Kita menerima laporan berkaitan kes itu daripada pengadu, seorang wanita berusia 43 tahun pada 4 Mac (hari ini)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ashari memberitahu, kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu turut dirosakkan suspek ketika, namun siasatan lanjut di tempat kejadian telah dibuat oleh pasukan forensik.
Beliau memberitahu, sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#rumah dipecah masuk
#CCTV
#ahli perniagaan rugi
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan