awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM

Bernama
Bernama
09/02/2026
13:35 MYT
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
Ahmad Fahmi berharap isu pematuhan undang-undang tidak dijadikan medan mengaibkan mana-mana komuniti. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap rumah ibadat yang dibina di atas tapak tidak sah perlu dilaksanakan secara adil, konsisten, berintegriti dan berhemah selaras dengan prinsip Malaysia sebagai sebuah negara hukum.

Ringkasan AI
  • PBT perlu laksanakan tindakan terhadap rumah ibadat atas tapak tidak sah secara adil dan konsisten, menegaskan pentingnya pemulihan disiplin pentadbiran dan keyakinan rakyat terhadap institusi.
  • ABIM cadangkan penguatkuasaan tegas secara berperingkat terhadap binaan baharu yang melanggar undang-undang serta pemutihan bersyarat bagi rumah ibadat lama yang terbina akibat kecuaian sistem.
  • Cadangan ABIM termasuk penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Ibadat di setiap negeri serta menyeru semua pihak hentikan ucapan kebencian, penghinaan perkauman, dan provokasi agama bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata tindakan tegas itu penting bagi memulihkan disiplin pentadbiran, mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi serta menutup ruang manipulasi sentimen kaum dan agama yang semakin membimbangkan.
Beliau berkata bagi memastikan penyelesaian yang sah serta harmoni, ABIM mencadangkan penguatkuasaan tegas terhadap binaan baharu yang jelas melanggar undang-undang dilaksanakan secara berperingkat serta berhemah.
"ABIM turut mencadangkan pemutihan bersyarat bagi rumah ibadat lama yang terbina akibat kecuaian sistem termasuk pendaftaran rasmi, pematuhan aspek keselamatan serta penyelesaian status tanah melalui proses yang telus dan sah.
"Keperluan rizab rumah ibadat pelbagai agama dalam pembangunan baharu juga perlu diambil kira supaya isu yang sama tidak berulang dan keharmonian masyarakat majmuk tidak dikorbankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Ahmad Fahmi berkata ABIM turut mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Ibadat di setiap negeri melibatkan PBT, pejabat tanah, agensi agama negeri serta wakil badan agama bukan Islam yang sah, bagi memantau dan menyelesaikan isu sebelum menjadi krisis.
Beliau berkata ABIM menyambut baik pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara hukum dan semua pihak wajib menghormati undang undang termasuk dalam isu rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.
Ahmad Fahmi berharap isu pematuhan undang-undang tidak dijadikan medan mengaibkan mana-mana komuniti, sekali gus menyeru semua pihak menghentikan ucapan kebencian, penghinaan perkauman serta provokasi agama.
"ABIM percaya Malaysia kekal kuat kerana kepelbagaian yang diurus dengan adil, berperaturan dan beradab, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat perpaduan nasional," katanya.
Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata kerajaan tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat dibina secara tidak sah tanpa mengikut peraturan.
Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara berperlembagaan dan sebarang pembinaan rumah ibadat tertakluk kepada undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pbt
#ABIM
#sentimen kaum
#rumah ibadat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan