awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbakar, persiapan Aidilfitri pasangan suami isteri musnah

Bernama
Bernama
15/03/2026
06:45 MYT
Rumah terbakar, persiapan Aidilfitri pasangan suami isteri musnah
Pasangan suami isteri Mohd Ridzuan Abu Bakar, 36, (kanan) dan Siti Zulaikha Ramli melihat keadaan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tanah Lot, kira-kira 8.15 pagi tadi. - Foto Bernama
Persiapan sepasang suami isteri untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi musnah selepas rumah sewa mereka di Kampung Tanah Lot di sini, terbakar pagi tadi.
Mohd Ridzuan Abu Bakar, 36, berkata hasrat beliau dan isterinya Siti Zulaikha Ramli, 35, menggayakan baju baharu berwarna merah sebagai tema hari raya tahun ini tidak kesampaian apabila pakaian berkenaan turut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada 8.15 pagi itu.
“Kami telah membuat tempahan awal baju Melayu dan baju kurung sebelum Ramadan lagi dan tidak sabar untuk memakainya pada hari lebaran ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanah Lot di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa persiapan lain bagi menyambut Aidilfitri turut musnah seperti pelbagai jenis biskut raya serta sejumlah duit raya yang disimpan dalam rumah berkenaan.
“Kesemua barangan berkenaan musnah dalam sekelip mata tanpa sempat diselamatkan dan kami kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya, yang tinggal berdua bersama isteri dan belum dikurniakan cahaya mata.
Pekerja swasta itu berkata ketika kejadian dia serta isteri berada di tempat kerja masing-masing, dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakannya pada 8.25 pagi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Timbalan Penguasa Bomba II Yahaya Hanapi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.21 pagi sebelum bergegas ke lokasi tiga minit kemudian.
Beliau berkata sebanyak 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun serta lapan anggota dari BBP Paka dikerahkan ke lokasi kejadian dengan dua jentera.
“Kebakaran itu berjaya dikawal pada 9.02 pagi sebelum api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,” katanya sambil memaklumkan rumah separa kekal itu musnah hampir 100 peratus.
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persiapan
#Aidilfitri
#baju raya
#musnah
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan