awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbakar: Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2024
02:30 MYT
Rumah terbakar: Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas
Kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 70-an. - Gambar/ JBPM
BUKIT MERTAJAM: Tiga warga emas melecur manakala seorang lagi sesak nafas selepas rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, Bukit Mertajam awal pagi tadi.
Kejadian diaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 70-an.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 pagi.
"Sebaik tiba pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B dengan peratusan kebakaran 80 peratus.
"Dua mangsa awal yang melecur telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
"Mangsa ketiga dan keempat pula diberikan rawatan awal oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum turut dibawa ke HBM untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.14 pagi sebelum lokasi kebakaran diserahkan kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#sesak nafas
#warga emas
#JBPM
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan