awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Terbuka Aidilfitri PM kembali selepas dua tahun

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2022
23:15 MYT
Rumah Terbuka Aidilfitri PM kembali selepas dua tahun
Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para tetamu sehingga majlis selesai pada jam 4 petang. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri bermula 10 pagi hingga 4 petang di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana hari ini.
Majlis ini kembali diadakan selepas dua tahun tiada sambutan dibuat kerana COVID-19.
Seramai 200 petugas melibatkan Jawatankuasa Kementerian Kesihatan (KKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan keselamatan bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Orang awam digalakkan memakai pelitup muka dan beradab untuk melakukan pergerakan selepas menjamu selera bagi memberi peluang kepada pengunjung lain.
Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para tetamu sehingga majlis selesai pada jam 4 petang.
Orang awam dinasihhatkan menggunakan perkhidmatan bas secara percuma yang disediakan oleh Bas Putrajaya bermula 9 pagi dari tiga lokasi, iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra dengan kekerapan setiap 20 minit.
Topic Berkaitan
#rumah terbuka
#Aidilfitri
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan