awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar nafi dakwaan Malaysia jual minyak kepada Australia
Surcaj feri penumpang, RORO berkuat kuasa 20 April, kadar ikut julat harga minyak
Kecuaian PPPK calar keupayaan PM, Kerajaan MADANI depani krisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah teres, kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Temerloh Jaya

Bernama
Bernama
17/04/2026
00:13 MYT
Rumah teres, kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Temerloh Jaya
- Foto JBPM Pahang

Sebanyak 13 penghuni termasuk seorang wanita warga emas dan tiga kanak-kanak terselamat selepas rumah yang didiami mereka terlibat dalam kebakaran di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.26 pagi.

Beliau berkata tiga rumah terlibat dalam kejadian itu, sebuah rumah mengalami kemusnahan sebanyak 80 peratus, manakala dua lagi masing-masing terbakar antara 20 hingga 30 peratus.

"Turut musnah sepenuhnya dalam kejadian itu sebuah kereta jenis Perodua Kancil," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin berjaya mengawal kebakaran pada 3.16 pagi tadi dengan menggunakan teknik pemadaman menerusi dua aliran hos salur bantu mula dari tangki jentera serta satu aliran hos 100 kaki dari pili bomba.

“Pihak Balai Bantuan BBP Temerloh turut menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air bagi memastikan api tidak merebak ke unit kediaman lain,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#JBPM
#rumah terbakar
#kereta
#BBP
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan