awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan Malaysia-Korea Utara masih berjalan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/03/2017
04:05 MYT
Rundingan Malaysia-Korea Utara masih berjalan
Rundingan antara Malaysia dan Korea Utara sangat sensitif.
Rundingan antara Malaysia- Korea Utara masih berjalan bagi mencapai penyelesaian berhubung isu larangan keluar rakyat kedua-dua negara, ujar Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi penjelasan berhubung perkembangan proses rundingan.
"Saya tidak boleh komen pasal (rundingan) dengan Korea Utara ini sebab ia sebab sensitif dan dan ia atas arahan Perdana Menteri. Hanya beliau seorang atau Timbalan Perdana Menteri sahaja boleh memberi komen kepada media kerana ia sangat sensitif," katanya semasa ditemui media selepas Kolokium Kehakiman Mengenai Perkongsian Amalan Baik Berkenaan Undang-undang Antarabangsa Hak Asasi Manusia di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya sebarang kenyataan kepada media selain dibuat Perdana Menteri dan Timbalannya dibimbangi akan menjejaskan rundingan yang sedang berjalan.
"Kita tidak mahu membahayakan rundingan yang sedang berjalan. Rundingan masih lagi berjalan. Perinciannya saya tidak tahu kerana ia isu sensitif," ujarnya.
Ketika ini katanya, jasad warga Korea Utara yang dibunuh, Kim Jong Nam tidak akan dihantar pulang selagi tiada waris tampil.
"Terpulanglah. Kita mahu tunggu waris kalau mereka mahu minta jasad berkenaan dan jika ada kita akan lepas (jasad)," katanya lagi.
Ketika ini, sembilan rakyat Malaysia masih berada di Kedutaan Korea Utara dan dilarang keluar dari negara itu.
Perdana Menteri sebelum ini berkata, Malaysia tidak akan menggunakan jalan perbalahan dengan Korea Utara bagi menyelesaikan konflik berkenaan.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, yang telah disahkan polis sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lalu.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Media
#Najib Razak
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan