awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan seiring ketibaan jemaah haji
1,400 syarikat antarabangsa sertai DSA, NATSEC Asia 2026 bermula esok
DBKL arah henti kerja projek Bukit Kiara susulan banjir lumpur di TTDI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan tembok di TTDI: JKR diarah laksana siasatan terperinci - Nanta

Bernama
Bernama
19/04/2026
00:39 MYT
Runtuhan tembok di TTDI: JKR diarah laksana siasatan terperinci - Nanta
Semalam, tembok penahan sedia ada berhampiran tapak projek Menyiapkan Baki Kerja Pembangunan Zon Pentadbiran Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur – Fasa 1B di TTDI, runtuh susulan hujan lebat. - Facebook Hannah Yeoh
Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah menjalankan siasatan teknikal terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir hingga menyebabkan runtuhan tembok penahan berhampiran Fasa 1B di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini semalam.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata JKR juga diarahkan untuk menilai tahap integriti struktur di kawasan terlibat dan mengesyorkan langkah mitigasi tambahan tanpa kompromi.
“Mana-mana kelemahan dari sudut pelaksanaan, penyeliaan, pematuhan teknikal atau pengurusan tapak mesti dikenal pasti dan ditangani segera.
“KKR (Kementerian Kerja Raya) tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan keselamatan awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau berkata tindakan segera telah pun diambil di lokasi termasuk kerja pembersihan kawasan insiden, pembukaan papan dendeng (hoarding) di sepanjang Jalan Abang Haji Openg, pemasangan penghadang konkrit bersama geotekstil sepanjang kira-kira 200 meter, serta kerja penyahenapan dan baik pulih sistem Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimentasi (ESCP) di tapak pembinaan.
Nanta berkata langkah berkenaan penting untuk menstabilkan keadaan semasa dan mengurangkan risiko susulan.
Semalam, tembok penahan sedia ada berhampiran tapak projek Menyiapkan Baki Kerja Pembangunan Zon Pentadbiran Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur – Fasa 1B di Jalan Abang Haji Openg, TTDI, runtuh susulan hujan lebat.
Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku susulan hujan lebat antara 3.30 petang hingga 5.30 petang yang menyebabkan limpahan air dari tapak projek dan pemerhatian awal menunjukkan kapasiti air dari kawasan bukit telah menyebabkan ban tanah pecah dan mengalir ke silt trap 1 (perangkap kelodak).
“Dalam masa sama, sistem saliran awam di bahagian hilir didapati tidak dapat menampung aliran berkenaan dengan berkesan, termasuk wujud halangan utiliti di bahagian tertentu menyebabkan air bertakung, melimpah ke jalan awam dan memberi tekanan kepada tembok penahan sedia ada hingga mengakibatkan sebahagiannya runtuh bersama papan dendeng,” katanya.
Dalam pada itu, Nanta meminta setiap pihak yang terlibat dalam projek berkenaan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan mematuhi semua arahan teknikal yang dikeluarkan.
Beliau berkata KKR akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan tindakan susulan diambil secara telus, bertanggungjawab dan berfokus kepada keselamatan rakyat.
“Saya merakamkan simpati kepada penduduk yang terkesan dan memberi jaminan bahawa KKR komited memastikan langkah pemulihan, penstabilan dan pencegahan dilaksanakan secepat mungkin supaya kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembok runtuh
#TTDI
#JKR
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan