awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran Sandakan: Hajiji zahir dukacita, arah bantuan segera
WrestleMania 42: Cody masih juara 'undisputed' WWE, Paige kembali selepas 8 tahun
Iran masih punyai keupayaan dron, peluru berpandu yang besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL arah henti kerja projek Bukit Kiara susulan banjir lumpur di TTDI

Astro AWANI
Astro AWANI
19/04/2026
02:02 MYT
DBKL arah henti kerja projek Bukit Kiara susulan banjir lumpur di TTDI
Hannah dan Fadlun meninjau keadaan di lokasi kejadian banjir lumpur yang menjejaskan keselamatan penduduk di Jalan Abang Haji Openg, TTDI, Kuala Lumpur tengah malam tadi. - Facebook Hannah Yeoh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta terhadap sebuah projek pembangunan di Bukit Kiara susulan kejadian banjir lumpur di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, petang semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata tindakan itu diambil sebagai langkah segera berikutan situasi kecemasan serta risiko keselamatan terhadap penduduk.
"DBKL mengambil tindakan serta-merta berikutan situasi kecemasan serta risiko yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk berhampiran.
"Langkah-langkah segera yang telah diambil malam ini termasuk perintah henti kerja yang dikeluarkan serta merta dan kompaun dikenakan ke atas kontraktor," katanya.
Selain perintah henti kerja dan kompaun terhadap kontraktor, DBKL juga melaksanakan beberapa langkah segera bagi mengawal keadaan di lokasi kejadian.
Antara tindakan yang diambil termasuk operasi pembersihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pembukaan struktur papan dendeng serta pembaikan perangkap kelodak bagi mengawal aliran air permukaan.
“DBKL juga telah mewujudkan pusat kawalan di lokasi bagi menyelaras operasi, manakala JBPM berada dalam keadaan bersedia sekiranya sebarang operasi kecemasan diperlukan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud.
Tambah Hannah, satu mesyuarat tergempar akan diadakan dalam masa terdekat bagi menilai semula pelan mitigasi sedia ada serta menentukan langkah tambahan yang perlu diambil oleh kontraktor bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.
Dalam masa yang sama, DBKL turut mengarahkan semakan menyeluruh terhadap semua pembangunan cerun di kawasan Taman Persekutuan Bukit Kiara, termasuk pengenalan garis panduan baharu bagi kerja tanah yang dilaksanakan secara berfasa dan lebih terkawal.
“Kawal selia terhadap kerja tanah di kawasan cerun akan diperketat dan tidak lagi dibenarkan dilaksanakan secara meluas tanpa kawalan rapi,” tegasnya.
Hannah turut menggesa Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengambil langkah mitigasi segera, sambil menekankan bahawa aspek keselamatan awam mesti menjadi keutamaan utama semua pihak yang terlibat.
Topic Berkaitan
#projek pembangunan
#Bukit Kiara
#Hannah Yeoh
#DBKL
#arahan henti kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan