awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia larang eksport petrol mulai 1 April untuk stabilkan pasaran domestik

Bernama
Bernama
28/03/2026
13:27 MYT
Rusia larang eksport petrol mulai 1 April untuk stabilkan pasaran domestik
Novak berkata permintaan kukuh terhadap sumber tenaga Rusia di pasaran luar negara kekal sebagai faktor positif. - Gambar fail

Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak mengarahkan Kementerian Tenaga untuk merangka dekri kerajaan bagi melarang eksport petroleum bermula 1 April 2026, menurut kenyataan kerajaan pada Jumaat.

Larangan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Julai, lapor Xinhua dengan memetik agensi berita TASS.
Susulan mesyuarat mengenai pasaran bahan api domestik yang dipengerusikan Novak, kerajaan dalam satu kenyataan berkata langkah itu bertujuan menstabilkan harga dan memastikan bekalan keutamaan untuk pasaran dalam negara.
Dalam mesyuarat itu, pegawai turut menekankan tugas yang ditetapkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, untuk mengelakkan kenaikan harga bahan api domestik melebihi paras yang diunjurkan.
“Kata Timbalan Perdana Menteri, ketidaktentuan dalam pasaran minyak global dan produk petroleum akibat krisis di Asia Barat menyebabkan turun naik harga yang ketara,” menurut kenyataan itu.
Novak berkata permintaan kukuh terhadap sumber tenaga Rusia di pasaran luar negara kekal sebagai faktor positif.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Rusia
#eksport petroleum
#Alexander Novak
#petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan