awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU had tempoh jawatan PM boleh diusul semula bila-bila masa

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/03/2026
07:30 MYT
RUU had tempoh jawatan PM boleh diusul semula bila-bila masa
Fahmi (kanan) ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) pada Selasa. -Foto Astro AWANI
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri boleh dibentangkan semula pada bila-bila masa dalam sidang Parlimen akan datang.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan perkara itu selepas usul berkenaan gagal memperoleh sokongan mencukupi dalam sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.
Menurutnya, tiada implikasi terhadap kerajaan mahu pun Perdana Menteri susulan keputusan tersebut, malah ia memberi isyarat berbeza khususnya daripada blok pembangkang.
"Usul ini boleh dibawa semula dalam mana-mana sidang Parlimen. Tahun ini masih berbaki dua mesyuarat, sekitar Jun dan Oktober, maka kerajaan boleh membentangkannya semula.
"Terdapat 44 Ahli Parlimen pembangkang hadir tetapi tidak mengundi. Tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada mereka tidak menyokong usaha mengehadkan kuasa dan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri.
"Terbukti mereka tidak berhasrat untuk mengenakan sebarang sekatan. Jadi mereka mungkin tidak bersetuju dengan reformasi ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), di sini, pada Selasa.
Dalam masa sama, Fahmi menegaskan komitmen penuh ditunjukkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) apabila 100 peratus hadir dan menyokong usul berkenaan.
"Setidak-tidaknya, Ahli Parlimen PH hadir sepenuhnya. Tiada yang tidak hadir dan tiada yang tidak menyokong," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#RUU Perlembagaan 2026
#had tempoh Perdana Menteri
#Fahmi Fadzil
#Dewan Rakyat
#Anwar Ibrahim
#reformasi institusi
#undian 2/3 Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan