awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Pembaharuan Semula Bandar mampu beri nafas baharu kepada kawasan uzur

Bernama
Bernama
26/08/2025
14:40 MYT
RUU Pembaharuan Semula Bandar mampu beri nafas baharu kepada kawasan uzur
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2025 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sekiranya diluluskan dan dikuatkuasakan mampu memberikan nafas baharu khususnya kepada kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai uzur dan usang.

Ringkasan AI
  • RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dicadang bagi membangunkan semula kawasan bandar uzur dan usang.
  • Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia penting untuk kawasan lama seperti Ampang, Gombak dan Hulu Langat.
  • Bacaan kedua dan ketiga RUU dijadualkan pada 20 Ogos, sebagai hala tuju baharu pembangunan bandar di Malaysia.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata URA menjadi keperluan penting bagi memastikan kawasan terbiar dapat dibangunkan semula dengan efektif.
"Kalau (diluluskan) ia akan memberikan ruang untuk kita membangunkan semula beberapa kawasan yang uzur seperti di Ampang, Gombak, Hulu Langat, cuma kita perlu teliti balik beberapa tentangan melibatkan akta (RUU) berkenaan.
"Saya percaya (PSB) ini diperlukan oleh mana-mana pentadbir dan pemerintah kerana kalau tidak, kita akan membiarkan kawasan itu terus susah tanpa dibangunkan semula," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2025 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.
Amirudin berkata Selangor antara negeri yang menghadapi cabaran pembangunan semula kawasan bandar yang usang dan uzur.
"Ada sebahagian kawasan perumahan sudah berusia 70, 80 tahun, kita perlu bangunkan semula" katanya sambil mencadangkan supaya sebarang isu yang dibangkitkan berkaitan RUU itu diberi perhatian sewajarnya.
Pada 19 Ogos lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata bacaan kedua dan ketiga RUU berkenaan dijadualkan esok sekali gus menandakan hala tuju baharu dalam memastikan pembangunan bandar di Malaysia kekal mampan, maju, makmur dan inklusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU Pembaharuan Semula Bandar
#Rang Undang-Undang
#Amirudin Shari
#kawasan uzur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan