awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
To Lam dipilih Presiden Vietnam penggal 2026-2031
Tukang masak mengaku bersalah rogol anak teman wanita
Nenek, cucu saudara maut nahas motosikal dalam perjalanan ke sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah alu-alukan lebih banyak kerjasama dengan Petronas - Hajiji

Bernama
Bernama
03/03/2026
08:49 MYT
Sabah alu-alukan lebih banyak kerjasama dengan Petronas - Hajiji
- Foto BERNAMA
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.
Hajiji berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memberi taklimat dalam mesyuarat semalam berhubung potensi perkongsian strategik dan status semasa operasi Petronas di Sabah.
“Petronas turut memaklumkan kepada kami mengenai usaha bantuan yang berterusan untuk menyokong kerajaan negeri dalam membantu komuniti yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Sabah,” kata ketua menteri itu dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat dengan syarikat minyak dan gas negara itu di sini.
Delegasi Petronas turut disertai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas dan Maritim Datuk Adif Zulkifli, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Norafizal Mat Saad dan pegawai kanan yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Hajiji Noor
#Petronas
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan