awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah catat kadar pengangguran tertinggi - Sivakumar

Bernama
Bernama
21/08/2023
09:30 MYT
Sabah catat kadar pengangguran tertinggi - Sivakumar
V Sivakumar berkata, kadar pengangguran di Sabah mencecah 7.7 peratus dalam suku pertama tahun ini dan kadar itu juga lebih dua kali ganda berbanding 3.5 peratus pada peringkat nasional. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu seramai 169,800 orang atau meliputi 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh negara.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kadar pengangguran di Sabah mencecah 7.7 peratus dalam suku pertama tahun ini dan kadar itu juga lebih dua kali ganda berbanding 3.5 peratus pada peringkat nasional.
"Namun kadar peratusan pengganguran di Sabah itu menunjukkan penurunan berbanding 9.1 peratus pada suku pertama tahun lepas berikutan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Perburuhan Peringkat Negeri Sabah sempena program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu pada Isnin.
Sivakumar berkata, isu buruh di Sabah berbeza berbanding negeri lain kerana golongan pekerja yang bukan di bawah Ordinan Buruh dianggarkan melebihi 800,000 orang, seperti pemegang Kad IMM13, Sijil Banci, Kad Burung-Burung, Bajau Laut (Pala’u) dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
"... manakala lebih 90 peratus majikan berstatus pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) telah memberi impak kepada pematuhan dasar dan perundangan berkaitan perburuhan," katanya.
Justeru, beliau berkata, pada 14 Jun lepas, Jemaah Menteri Negeri Sabah telah meluluskan tanpa bahas penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah (MPBS) bagi membincangkan isu berkaitan perburuhan di negeri ini.
Sivakumar berkata, menerusi MPBS, sebarang isu berbangkit harus dilihat dengan teliti dan semua pihak dalam majlis itu perlu bekerjasama memberikan idea secara kolektif, demi memastikan Sabah menjadi antara negeri yang boleh memberikan upah tinggi.
- Bernama
Topic Berkaitan
#V Sivakumar
#kadar pengangguran
#Sabah
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan