awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
Krisis tenaga global: Tangkapan ikan negara tidak terjejas, simpanan mencukupi
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan - Arthur

Bernama
Bernama
25/02/2026
13:57 MYT
Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan - Arthur
Rakyat Sabah diminta supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut terutama pada waktu petang serta malam dan mendapatkan maklumat terkini berhubung perkara itu menerusi saluran rasmi. - Gambar fail
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memantau secara rapi situasi di Sabah yang dijangka terus mengalami corak cuaca lembap dalam tempoh lima hari akan datang.
Menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Sabah dijangka menerima pengaruh angin timuran dan baratan yang lemah sepanjang tempoh berkenaan.
"Keadaan ini meningkatkan kelembapan atmosfera dan berpotensi menyebabkan hujan serta ribut petir di beberapa tempat di Sabah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di Pantai Barat, Arthur berkata hujan dijangka berlaku di perairan Sabah pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang hingga malam hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di beberapa tempat.
Beliau berkata di pedalaman pula, hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di awal dan akhir tempoh ramalan, manakala hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.
Beberapa tempat di Sandakan, Tawau dan Kudat juga dijangka mengalami hujan pada waktu pagi, diikuti hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan MetMalaysia memastikan penyaluran maklumat dan amaran cuaca ini dilakukan secara agresif dan tepat pada waktunya.
"Saya mahu rakyat Sabah mendapat akses kepada data ramalan yang sahih dan terkini supaya sebarang risiko bencana akibat cuaca lembap ini dapat diuruskan dengan lebih berkesan di peringkat komuniti," katanya.
Beliau meminta seluruh rakyat Sabah supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut terutama pada waktu petang serta malam dan mendapatkan maklumat terkini berhubung perkara itu menerusi saluran rasmi seperti aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my atau media sosial MetMalaysia untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#MetMalaysia
#cuaca
#suhu lembap
#hujan
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan