awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah meterai kerjasama dengan Pharmaniaga

Astro Awani
Astro Awani
06/08/2021
13:40 MYT
Sabah meterai kerjasama dengan Pharmaniaga
Kerjasama antara Sabah dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dilihat dapat memperhebatkan lagi program imunisasi di negeri berkenaan. -Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sabah akan bekerjasama dengan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dalam mempertingkatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri tersebut.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, ia adalah merupakan pelan persediaan sekiranya negeri itu berdepan dengan gangguan penghantaran bekalan.
Tambah beliau, keputusan tersebut juga dibuat berdasarkan keadaan semasa di Sabah yang merekodkan kadar kes jangkitan COVID-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini.
"Saya sangat gembira. Saya telah berbincang dengan pihak Pharmaniaga. Pertamanya, mereka ada fasiliti penyimpanan di Kota Kinabalu.
"Kedua, mereka mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan vaksin dalam kadar yang besar untuk masa yang singkat.
"Jadi, secara teknikalnya, vaksin-vaksin berkenaan akan dipeketkan di Malaysia.
"Saya merasakan kita perlu memanfaatkan fasiliti-fasiliti (ini) dan pada masa yang sama membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam perolehan vaksin," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata, langkah itu juga mengambil kira usaha pembukaan industri tempatan yang teruk terjejas sejak pandemik melanda.
Masidi berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara WH Medicare Sdn Bhd menerusi Qhazanah Sabah Sdn Bhd, bersama Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), pada Jumaat.
Beliau berkata, kerjasama ini adalah merupakan satu perkembangan yang baik, lebih-lebih lagi dalam mempercepatkan capaian imuniti kelompok di Sabah.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Pengerusi WH Medicare Sdn Bhd, Datuk Johnson Tee; dan Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Sdn. Bhd, Mohd Shukor Abdul Mumin.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan PICK
#Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd
#Sabah
#program vaksinasi
#Masidi Manjun
#Pharmaniaga LifeScience
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan