awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah perlukan fasiliti awam setanding Nusantara - Senator

Bernama
Bernama
24/03/2023
21:15 MYT
Sabah perlukan fasiliti awam setanding Nusantara - Senator
Bobbey mencadangkan agar kerajaan Persekutuan menubuhkan sebuah Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah bagi mengatasi isu PATI yang menimbulkan pelbagai masalah. - Foto fail BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey A Suan berkata usaha meningkatkan infrastruktur dan fasiliti awam itu juga penting supaya Sabah dapat mengorak langkah bagi meraih limpahan ekonomi yang besar daripada Nusantara.
"Rakyat Sabah mengharapkan agar infrastruktur dan fasiliti awam di negeri ini setanding dengan negara jiran itu, diharap pihak kerajaan menyediakan peruntukan kewangan untuk infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Pada 9 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan rasmi ke Indonesia dilaporkan berkata Malaysia akan mencari jalan terbaik untuk memastikan pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara dapat memberi manfaat kepada wilayah ekonomi di Sabah dan Sarawak.
Bobbey, yang merupakan Ahli Dewan Negara pilihan Dewan Undangan Negeri Sabah, mencadangkan agar kerajaan Persekutuan menubuhkan sebuah Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah bagi mengatasi isu pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan pelbagai masalah sosial.
"Dengan adanya Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah, isu-isu berkaitan pendatang asing tanpa izin, pelarian dan pemohon suaka dapat ditangani dengan tegas oleh pihak kerajaan demi memastikan negara terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan," katanya.
Mengenai isu kemiskinan di Sabah, beliau berharap kerajaan Persekutuan dapat menggariskan matlamat dan strategi khusus bagi membebaskan Sabah daripada wilayah paling perlahan pertumbuhan ekonomi serta memiliki paras kemiskinan tertinggi di Malaysia.
"Kerajaan Persekutuan harus menggariskan pendekatan mikro secara bersinkronisasi dengan kerajaan negeri melalui pemerkasaaan ekonomi, pendigitalan dan teknologi. Ini termasuklah keusahawanan supaya usaha membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
"Kini saya hanya mengharapkan, menunggu dan melihat apa pendekatan dan cara pihak kerajaan sekarang untuk membangunkan lapan buah daerah termundur di Sabah dalam masa dua tahun ini," katanya.
Bobbey turut menghargai komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bobbey A Suan
#Sabah
#nusantara
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan