awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji

Bernama
Bernama
08/11/2024
07:15 MYT
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau amat puas hati dengan keputusan Mahkamah Agung Perancis itu. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis baru-baru ini yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang tidak lagi wujud, berkaitan Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau amat puas hati dengan keputusan mahkamah itu.
"Kami ulangi bahawa kami tidak mengiktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah kerana kami adalah negeri berdaulat dalam Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berusaha bersungguh-sungguh bagi membatalkan satu award akhir oleh seorang penimbang tara Sepanyol berhubung Sabah.
Azalina menerusi hantaran di laman Facebook semalam menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai kemenangan bersejarah dan penting buat Malaysia, kerana keputusan itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir iaitu Malaysia perlu membayar pampasan kira-kira US$15 bilion, tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.
Azalina menganggap keputusan mahkamah itu sebagai satu kejayaan penting buat Malaysia kerana percubaan untuk memeras ugut rakyat negara ini telah gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tuntutan Sabah
#Kesultanan Sulu y
#Hajiji Noor
#Mahkamah Agung Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan