awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah rekod 2,537 kes demam denggi

Bernama
Bernama
28/06/2020
02:20 MYT
Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sebanyak 2,537 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 26 Jun dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes. -Gambar hiasan/flickr
Sebanyak 2,537 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 26 Jun dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.
Katanya ini diikuti Sandakan (428 kes), Semporna (385), Tawau (310) dan Lahad Datu (261).
"Sehingga semalam terdapat tujuh daerah melaporkan 17 wabak aktif penyakit demam denggi di seluruh Sabah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di kawasan terbabit mendapati terdapat banyak sumber pembiakan nyamuk Aedes seperti takungan air jernih di dalam pasu bunga.
Sehubungan itu, Dr Christina meminta orang ramai menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing.
Sementara itu, beliau berkata sehingga semalam, Sabah mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.
"Berikutan kes baharu di Beaufort, maka daerah berkenaan telah dikenal pasti sebagai daerah baharu wabak kolera di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#Christina Rundi
#demam denggi
#kolera
#takungan air jernih
#tempat pembiakan nyamuk
#wabak aktif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan