awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah sasar tingkat kapasiti makmal proses 4,000 sampel COVID-19 sehari tahun depan

Bernama
Bernama
20/11/2020
23:35 MYT
Sabah sasar tingkat kapasiti makmal proses 4,000 sampel COVID-19 sehari tahun depan
Setakat Jumaat, 2,268 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seluruh negeri Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah berharap kapasiti makmal di negeri itu akan dapat ditingkatkan tahun depan sehingga mampu memproses 4,000 ujian sampel COVID-19 dalam sehari, berbanding hanya 2,700 ujian sahaja dalam sehari ketika ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga Khamis, 4,496 sampel COVID-19 di Sabah belum diproses.
Beliau berkata 64 peratus daripada jumlah itu diuruskan di Sabah manakala selebihnya dikendalikan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh; Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur, dan makmal swasta yang lain.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media harian COVID-19 Sabah, di sini pada Jumaat, beliau berkata sehingga Khamis 3,030 bayi dan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dilaporkan dijangkiti COVID-19 di negeri ini, dengan 1,241 daripadanya adalah kanak-kanak berumur kurang dari lima tahun dan 191 adalah bayi berumur di bawah setahun.
Merujuk kepada perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata 512 kes positif baharu dicatatkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes itu di negeri ini ialah 25,441, dengan 300 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.
Menurutnya 2,268 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seluruh negeri, dengan 35.01 peratus daripada 6,478 kapasiti katil di hospital dan PKCR seluruh negeri, digunakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Makmal
#Masidi Manjun
#Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
#Institut Penyelidikan Perubatan
#IMR
#COVID-19
#kes positif
#ujian sampel
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan