Saham IJM naik selepas penasihat syor pemegang saham tolak tawaran Sunway

“Pemegang saham juga boleh melanjutkan pelaburan mereka ke syarikat gabungan dan menikmati kenaikan seterusnya apabila sinergi itu secara beransur-ansur menjadi nyata,” menurutnya.
Dalam pada itu, CIMB Securities juga menyarankan pelabur untuk menunggu tawaran lebih baik berikutan cadangan terkini IJM membuka satu lagi laluan membuka nilai syarikat dengan potensi kenaikan melalui inisiatif pengurusan modal.
“Kami mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas IJM. Harga tawaran Sunway sebanyak RM3.15 adalah 10 peratus di bawah TP kami sebanyak RM3.50 sesaham,” menurutnya.
Kenanga Investment Bank Bhd pula mengekalkan saranan “tolak” berikutan tawaran itu pada asasnya hanya menilai rendah trajektori pertumbuhan IJM.
“Sehubungan itu, kami mengekalkan saranan “outperform” manakala TP pada RM3.40 sesaham,” katanya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat lepas, IJM menyatakan telah melantik penasihat M&A Securities Sdn Bhd dan harga tawaran itu mewakili diskaun RM2.69 hingga RM3.33 atau diskaun sebanyak 46.1 peratus hingga 51.4 peratus berbanding nilai anggaran saham IJM pada RM5.84 hingga RM6.48.
Tawaran itu kekal dibuka untuk penerimaan sehingga tempoh 5 petang pada 6 April 2026.
-- BERNAMA

